Prinsip asas beli emas adalah, membeli dengan guna duit kita sendiri

Asas menyimpan emas sangat simple. Beli dan simpan sendiri untuk jangkamasa yang tertentu.

Kalau harganya naik, kita bolehlah jual untuk dapat untung dalam bentuk RM. Kalau harga turun? tiada masalah kerana emas masih di tangan kita. Berat gramnya pun tak akan berkurangan.

Emas tidak akan bertambah dengan sendiri melainkan kita yang membelinya untuk menambah gram sedia ada. Akan tetapi jangan sekali-kali membeli emas dengan cara berhutang. Antara contohnya gadaian, gadaian itu adalah hutang kerana ianya perlu ditebus balik. Personal loan, sememang ianya hutang kerana perlu dibayar balik setiap bulan, jadi bila masanya nak menyimpan?

Prinsip asas beli emas adalah, membeli dengan guna duit kita sendiri. Jangan berhutang.
Ada duit, tambah beli emas. Tak ada duit, duduk ajer diam-diam.

www.goldhq.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *