Kenapa Emas Menjadi Bahan Utama Perhiasan?

Dari ribuan tahun dahulu sehingga kini, emas menjadi pilihan utama sebagai bahan perhiasan. Malah, hampir semua peradaban awal dunia mempunyai satu perkara yang sama, iaitu menjadikan emas sebagai bahan paling bernilai. Jika dilihat dan direnung, kenapa yer? Dan kenapa bukan bahan logam yang lain?
1. Emas Tidak Menimbulkan Alergi

Pasti ramai yang mendengar kaum hawa yamg mempunyai alergi jika memakai bahan yang bukan emas tulen. Agak ganjil tetapi itulah faktanya. Kerana logam emas dijamin tidak akan menimbulkan alergi pada kulit. Ini adalah kerana komponen logamnya tidak beroksida apabila terkena suhu kulit atau peluh, yang membuatkannya ideal untuk dipakai.

2. Tahan Lama

Walaupun emas itu senang dibentuk, ia tahan lama malah susah bengkok atau putus. Kerana itu emas dari beribu tahun dahulu masih elok dan seperti baru. Emas juga boleh diperkuatkan dengan campuran bahan logam lain seperti perak dan sebab itu ada pelbagai jenis emas campuran seperti rose gold atau emas putih.

3. Tidak Berkarat

Masalah terbesar untuk perhiasan barangan tembaga atau perak adalah tompok-tompok hitam yang akan muncul kerana tindakbalas kimia logam dengan persekitaran. Tapi ini tidak berlaku dengan emas yang tahan karat, perubahan cuaca malah suhu tertentu.

4. Nilainya Terus Menaik

Nilai emas itu sendiri meningkat dari tahun ke tahun. Ia disandarkan kepada beberapa faktor ekonomi, sosial dan politik dunia. Kegawatan ekonomi, perang dan pandemik akan mempengaruhi harga emas dunia untuk terus meningkat. Ini adalah kerana pada waktu krisis, orang akan mengalihkan pelaburan mereka ke sektor yang stabil iaitu emas.

Oleh sebab itu, emas dijadikan bahan utama perhiasan dan menunjukkan gaya hidup dan simbol kemakmuran.Untuk pelaburan jangka panjang, sudah terbukti yang emas adalah pelaburan yang sentiasa meningkat naik.

Untuk jangka pendek, malah setiap hari, harga emas itu sentiasa turun naik dan ini membolehkan kita membuat belian secara sikit-sikit. Dengan Uncang Emas, anda boleh buat belian serendah 0.25g. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *