TAHU KAH ANDA…
Asal Usul Nama Raub, Pahang?
Mengikut kepercayaan orang-orang tua didaerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke 18. Diringkaskan cerita, dua orang pemuda bersama ayah mereka yang mengembara telah melalui satu kawasan di mana pengaliran air sungainya tersekat atau digelar empang. Mereka mula mendirikan sebuah pondok dan membersihkan kawasan sekitar tersebut.
Ketika membersih, mereka meraup pasir-pasir di tebing tebatan itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperolehi. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya, hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran “RAUB”.
Begitulah ceritanya asal usul nama Raub. Dan dizaman sekarang, emas itu sendiri adalah bersifat terhad malah dinilai dengan penuh harga yang tinggi semenjak beribu tahun.
Dapatkan ilmu-ilmu begini bersama GoldHQ dan ketahui cara penyimpanan aset yang tidak kalis inflasi malah dicari zaman berzaman.
ILMU ITU EMAS