Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak, Umrah & Haji. Lebih Bijak & Menguntungkan

Mengapa Simpanan Emas Untuk Pendidikan Anak, Umrah & Haji Adalah Lebih Bijak?

Secara umumnya, simpanan dan pelaburan emas adalah untuk jangka waktu yang panjang bagi kita melihat keuntungan atas kenaikan harga emas.

Dan manfaat ini pastinya jika kita menyimpan untuk sesuatu yang kita telah sasarkan seperti pendidikan anak, umrah atau haji. Rata-rata rakyat Malaysia biasanya menyimpan sekitar 3-5 tahun jika ia melibatkan hal-hal yang penting.

Kebiasaannya pula kita akan menyimpan dalam akaun simpanan semasa atau simpanan tetap, ASB, Tabung Haji dan lain-lain lagi. Ini adalah simpanan konvensional yang kita semua tahu.

Tetapi anda juga boleh mencuba alternatif penyimpanan yang lebih selamat malah lebih bijak iaitu simpanan emas. Ini adalah kerana emas adalah kalis inflasi dan mempunyai kenaikan yang lebih tinggi daripada semua jenis simpanan yang lain untuk jangka panjang.

Secara perbandingan, emas menunjukkan kenaikan sebanyak 27% bagi tahun 2020 ke 2021. Simpanan-simpanan lain pula hanya disekitar 3% hingga 6% sahaja. Maksudnya jika anda menyimpan atau membeli emas bernilai RM 10,000 tahun lepas, emas yang anda pegang itu kini bernilai RM 12,700. Tetapi jika anda menyimpan RM 10,000 dalam simpanan tetap yang memberikan 3% dividen, anda hanya mendapat RM 10,300 sahaja. Bayangkan jika simpanan emas anda itu anda pegang sehingga 3 tahun, pasti nilainya berganda-ganda.

Oleh itu, beralihlah kepada penyimpanan emas. Tidak perlu bergadai berhabis duit untuk membeli emas, malah hanya dengan simpanan serendah 0.25 gram sahaja atau dibawah RM 70.

SIMPANAN EMAS SIMPANAN BIJAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *