Anda Tak Perlu Berhabis Duit Untuk Beli Emas, Tapi Tanamkan Tabiat Menyimpan RM 100 Sebulan atau Melalui Uncang Emas 0.25g Sahaja
Ramai orang berfikiran membeli emas itu harus berhabis duit dan bergadai-gadaian sehingga menyusahkan diri sendiri. Sebenarnya tidak perlu sampai begitu.
Anggaplah membeli emas itu satu bentuk penyimpanan jangka panjang dengan pembayaran minimum untuk diri anda. Untuk permulaan anda boleh menyimpan RM 100 sebulan atau dengan Uncang Emas anda sebenarnya boleh membeli emas serendah 0.25g.
Jika anda displin dalam membuat “caruman” emas setiap bulan, dari 0.25g sebulan anda cuba naikkan ke 1g emas sebulan, lebih memudahkan aturan penyimpanan anda.
Yang bagusnya dengan Uncang Emas adalah tiada sebarang caj penyimpanan. Maksudnya anda simpanlah berapa lama , tiada langsung caj penyimpanan atau caj perkhidmatan.
Selepas 30 hari pembelian anda juga boleh ‘convert’ ke goldbar emas fizikal (sekarang ni emas goldbar Limited Edition masih ada stock dengan caj premium RM 20 per unit). Caj premium ini adalah untuk convertkan dari Uncang Emas ke emas goldbar. Kenapa ada caj premium ye? Jika anda lihat harga Uncang Emas rendah sikit dari harga emas goldbar, jadi bila anda convert, harganya akan jadi sama seperti membeli emas goldbar.
Jadi inilah masanya untuk menabung emas, “Sikit-sikit lama-lama jadi bukit “emas”.
Selamat Menabung