Simpan Dahulu Sebelum Belanja : Teknik Mudah Menyimpan

SIMPAN DAHULU SEBELUM BELANJA, KALAU TAK MEMANG TAKKAN MENYIMPAN

Sejak kecil lagi, kita biasa mendengar pepatah mengenai kepentingan menyimpan “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”. Sepatutnya ia menjadi amalan kita untuk menyimpan dahulu walaupun sedikit dan kemudian berbelanja. Tapi kebanyakkan kita akan berbelanja dahulu dan kalau ada baki, barulah menyimpan.

Jadi ada beberapa teknik dan tips untuk sentiasa konsisten dalam menyimpan, walaupun sedikit.

Antara teknik yang biasa digunakan adalah auto deduction iaitu pemotongan automatik sebahagian daripada pendapatan anda ke akaun simpanan lain. Yang paling biasa adalah pemotongan ke akaun Tabung Haji.

Teknik lain adalah paksa rela. Kebiasaanya teknik ini dengan mengambil loan ASB dan anda terpaksa membuat pembayaran bulanan. Hakikatnya, anda sedang menyimpan dalam ASB dan juga akan menerima dividen tahunan.

Dan yang paling biasa dikalangan kaum wanita adalah membeli emas. Cuma perbezaan membeli emas untuk wanita adalah dalam bentuk barang kemas dan kebiasaanya adalah lebih untuk perhiasan berbanding menyimpan. Cuma barang kemas (emas) ini sebenarnya adalah satu aset yang boleh digadaikan semula untuk wang.

Oleh itu, yang ramai antara kita tidak tahu adalah menyimpan emas dalam bentuk goldbar atau Uncang Emas membawa pulangan yang lebih besar. Keuntungan dari perbezaan nilai emas untuk tahun lepas sahaja adalah 27% jauh lebih besar dari dividen ASB atau Tabung Haji atau mana-mana pelaburan lain. 

Dengan akaun Uncang Emas, anda boleh membeli emas dalam bentuk “simpanan” serendah 0.25g dan konsisten menyimpan sehingga anda boleh menukarkannya ke Goldbar. Mudah dan konsisten untuk anda memulakan simpanan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Selamat Menjadi Usahawan Emas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *