Salah Satu Sebab Kenaikan Harga Emas Adalah Global Pandemik. Cari Peluang Di Waktu Krisis

Mesti ramai yang bertanya-tanya kenapa harga emas naik begitu tinggi sekarang. Kalau ikutkan kenaikan harga emas adalah 27% dari tahun lepas. Lebih tinggi dari mana-mana pelaburan lain seperti ASB atau simpanan tetap.

Kalau anda nak tahu, sekiranya ada ‘global catastrophe’ seperti perang, bencana alam dan pandemik, harga emas akan meningkat. Dan Covid 19 adalah salah satu contoh sebab kenaikan harga emas. 

Bukan setakat satu masalah kesihatan, Covid 19 juga memberi kesan besar kepada ekonomi dan GDP dunia. Ini menyebabkan orang ramai dan pelabur risau akan pelaburan mereka dan beralih kepada emas. Permintaan yang tinggi untuk emas ini menyebabkan harga emas meningkat.

Jadi boleh dikatakan kenaikan emas ini dalam situasi yang akan berterusan untuk tempoh terdekat ini. Sebagai usahawan emas pula, kita harus bijak untuk mengambil peluang ketika krisis berlaku. Diwaktu ini, orang ramai sedang berlumba-lumba mengumpul emas dan kita juga harus tidak ketinggalan.

Datuk Dr Mohd Daud Bakar juga mengatakan dalam webminarnya bersama IK, yang ada kenalannya membuat refinance rumah dan membuat pelaburan ke atas emas. Refinance rumah?? Betul ke? Kalau difikirkan jika kenaikan 27% harga emas, bijak juga langkah itu. Mungkin langkah itu bukan untuk kita, tapi itulah mentaliti yang harus diterapkan ketika ini.

Itulah serba sedikit informasi mengenai kenapa harga emas dalam kenaikan sekarang. Kalau anda dah tahu informasi ini, sebaiknya bertindak untuk menabung emas. Jom kita buat !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *