Rupanya Medal Emas Olimpik Hanya Ada 6 Gram Emas, Tapi Nilainya Selepas Itu Meningkat Berganda-ganda

Berapakah Nilai Sebuah Pingat Emas Olimpik?

 

Untuk pengetahuan umum, sebuah pingat emas Olimpik bukanlah seratus peratus emas tulen. Kali terakhir emas tulen digunakan sepenuhnya untuk pingat emas adalah pada Sukan Olimpik Stockholm 1912.

Selepas itu kandungan emas  dalam sesebuah pingat emas hanya sekitar 5.5 – 6 gram sahaja. Jika berdasarkan harga emas hari ini pada RM 271 segram (wow harga tengah menaik ni), sebuah pingat emas membawa kandungan nilai sekitar  RM 1,621.

Tetapi nilai sebenar sebuah pingat emas akan melonjak tinggi jika dijual, malah lebih tinggi sekiranya pemilik pingat emas itu adalah seorang pemenang pingat emas yang dikenali.

Kerana pingat emas itu sendiri susah untuk dibeli apalagi dimiliki, sesebuah pingat emas Sukan Olimpik sekiranya dijual akan mencapai harga RM 40,000. Ini sekiranya pemenangnya biasa-biasa jer.

Sekiranya pemenangnya terkenal maka harga pingat emas itu akan melonjak berkali ganda. Sebagai contoh, sebuah pingat emas yang dianugerahkan kepada pasukan hoki lelaki Olimpik 1980 mendapat tawaran melebihi RM 1.3 juta.

Dan pingat emas milik Jesse Owens (pelari pecut US) pada Sukan Olimpik Berlin 1936 telah dilelong pada harga tertinggi iaitu hampir RM 6 juta. Dahsyat tuu…

Jadi sekiranya barang itu terhad dan berharga, nilainya akan meningkat naik. Seperti juga emas itu sendiri yang dicipta dalam keadaan yang terhad dan susah dimiliki, nilainya akan sentiasa meningkat. Dan bila kita membeli emas, kita sebenarnya menukarkan duit kita kepada nilai yang lebih berharga dan bukannya berbelanja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *