Duit yang kita simpan boleh tiris, bocor, habis atau hilang dalam sekelip mata tanpa kita sedari melalui beberapa cara.
Simpanan tunai boleh habis jika kita sendiri yang membelanjakannya pada perkara KEHENDAK, bukannya KEPERLUAN.
Bila ada duit, ada sahaja idea untuk dihabiskan duit itu. Kadang-kadang bila takde duit, kita boleh ajer RILEKS & TENANG. Tapi bila ada ajer duit, jiwa kita dah mulalah jadi KACAU.
Lebih takut dan lebih menyeramkan lagi bila hidup kita selalunya di ganggu oleh suara-suara halus yang membisikkan ke jiwa kita “Tak payah susah-susah guna ajerlah dulu kad kredit atau kad debit dan yang sewaktu dengannya.”
Semuanya Ditangan Anda.
