Pengeluar tayar Michelin & Michelin Star Restaurant adalah brand yang sama?
Kalau diikutkan, sangat jauh hubungan antara tayar dan restoran, tetapi sememangnya Michelin tayar adalah juga Michelin Star Restaurant.
Bagi sesiapa yang tidak tahu, Michelin Star Restaurant adalah anugerah berprestij kepada restoran yang diiktiraf sebagai restoran yang terbaik di dunia dari segi kualiti dan perkhidmatannya.
Jika ada restoran dapat anugerah ini, merekalah yang terhebat didunia kerana hanya ada kurang 3000 restoran dapat pengiktirafan ini. Restoran terbaik akan dapat 3 star dan hanya ada 106 restoran sahaja yang dapat anugerah ini. Di Malaysia, masih belum ada lagi restoran yang dapat anugerah Michelin. Chef terkenal, Gordon Ramsay mempunyai 15 restoran dengan jumlah 21 star. Wow…pasal tu dia terkenal.
Tetapi yang kita nak bincang bagaimana sebuah pengeluar tayar boleh jadi tukang review restoran? Ceritanya bermula pada awal tahun 1900 apabila tayar Michelin di France tidak mendapat sambutan. Maklumlah kereta tidak banyak dan ramai yang membeli kereta pula, tayar kereta mereka lambat haus kerana hanya berjalan sekitar rumah mereka.
Apakah strategi mereka untuk mendapat jualan? Kerana orang ramai berpendapat tayar kereta ini semua sama, Michelin merangka strategi supaya brand mereka dilihat berprestij. Caranya, mereka membuat review restoran di luar bandar supaya orang yang membaca review ini akan memandu ke luar bandar. Michelin juga membuat review yang sangat detail sehingga untuk mendapat review ini, restoran kena tingkatan kualiti mereka. Akhirnya, restoran berebut-rebut nak dapat review Michelin dan orang ramai pula banyak memandu dan tayar kereta cepat haus.
Kini, brand Michelin itu dikaitkan dengan prestij dan harga tayarnya sahaja boleh dikatakan antara yang termahal, tapi masih ramai orang membelinya. Semuanya kerana Michelin memberikan image kepada orang ramai yang produk mereka berkualiti tinggi.
Begitu juga dengan perniagaan kita, dimana kita harus sentiasa mengawal image dan mesej yang kita hendak sampaikan. Kerana itu banyak syarikat berhabis berjuta ringgit untuk menunjukkan image mereka bertaraf tertinggi apa lagi jika terdapat persaingan dan produknya hampir sama. Sehinggakan laman website mereka juga berharga jutaan ringgit kerana, itulah image pertama pelanggan mereka bila nak mencari maklumat.
Oleh itu bina image anda dan laburkan masa dan wang untuk tingkatkannya. Website atau landing page bukanlah perbelanjaan tetapi pelaburan yang penting supaya pelanggan anda dapat informasi dan juga dapat membezakan produk atau perkhidmatan anda adalah yang terbaik berbanding persaing yang lain.