Apakah Kebaikan Sistem Referral KABGold? Kenalpasti Kebaikannya Untuk Anda Jana Pendapatan Berterusan
Mungkin ramai tertanya-tanya cara untuk mendapat keuntungan dari pelaburan emas. Konsep yang kita sedia maklum adalah emas merupakan satu bentuk pelaburan jangka panjang dengan kadar kenaikan yang tinggi setiap tahun.
Tapi tahukah anda yang emas juga memberikan pulangan untuk jangka masa pendek. Ya, ada beberapa cara yang digunakan seperti menjual kepada individu. Pasal tu anda boleh lihat emas dijual di Shopee & Lazada.
Tetapi disini, kami ingin bincangkan tentang sistem referral dan kebaikannya.
Untuk permulaan sistem referral adalah “sistem kenalkan kawan”. Sistem referral itu sendiri ada pelbagai konsep jadi kita lebih bincangkan konsep yang digunapakai oleh KABGold.
Syarat Layak Menjadi Referrer atau Wakil Jualan
Untuk pengetahuan anda, sesiapa sahaja pun layak untuk mendaftar menjadi referrar KabGold termasuklah para remaja, ibu bapa, golongan pelajar, pekerja dan banyak lagi.
Terdapat 3 level iaitu Gold Advisor (1%), Gold Manager (1.5%) dan Group Gold Manager (2%) dan anda hanya perlu membuat pembelian sendiri (sekali sahaja) berdasarkan syarat kelayakan itu.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Setelah Menjadi Wakil Jualan?
Program Referrer KABGold ini membuka peluang kepada anda untuk membantu lebih ramai masyarakat dalam mengetahui cara pembelian dan menabung emas yang lebih mudah.
Anda pula dapat menambah pendapatan dan mendapatkan komisen berdasarkan berapa banyak pelanggan membeli emas (Goldbar atau Uncang Emas) berdasarkan referral link yang anda promosi.
Semua pelanggan KABGold akan mempunyai referral link khas mereka.
Ia akan menandakan bahawa kod pelanggan gunakan untuk membuat pembelian emas adalah daripada hasil promosi anda.
Anda bebas mempromosikan kod referral ini kepada sesiapa sahaja bagi mendapatkan lebih banyak komisen sekiranya ramai yang mendaftar dan membuat pembelian. Malah pembelian anda sendiri juga akan dapat komisen.
Berapakah Potensi Komisen Akan Anda Nikmati Dari Program Referral KABGold?
Katakan lah anda telah membuat pembelian syarat layak untuk menjadi wakil jualan Gold Advisor dan anda mula mempromosi referral link anda supaya pelanggan anda membuka akaun dan membuat belian.
Dan sekiranya anda ada 1000 pelanggan dibawah anda dan mereka membuat pembelian 1g emas sebulan, (Harga segram emas hari ini adalah RM 259), anda akan mendapat komisen RM 2,590 sebulan.
Tetapi bayangkan jika anda kongsi manfaat supaya mereka juga menjadi wakil jualan seperti anda, tentunya pembelian adalah lebih tinggi dan komisen anda juga begitu.
Kebaikan sistem referral ini memberikan anda motivasi untuk sentiasa mencari pelanggan dan jika anda beri motivasi yang sama kepada pelanggan anda, mereka juga akan buat konsep yang sama. Jadinya anda bukan hanya ada 1000 pelanggan tetapi “compounding effect” membolehkan anda ada pelanggan berganda-ganda.