Mana Satukah Yang Dikatakan Sebagai Aset? I Simpanan Dalam Bentuk Aset

Yang Mana Satukah Yang Dikatakan Aset?

Tunai sifatnya untuk dibelanja. Semakin banyak tunai yang disimpan, semakin tinggi nafsu untuk berbelanja. Berlainan dengan aset. Ia untuk dikumpul. Semakin banyak aset yang dikumpul, semakin kaya pemilik aset tersebut.

Ada 3 bentuk aset yang terbaik untuk jangka panjang:

Rumah adalah aset yang bagus. Ia boleh didiami, boleh disewakan dan boleh dijual bila nilainya meningkat. Cuma, proses memiliki dan menjual semula rumah tidaklah semudah yang disangka. Ia akan memakan banyak masa, tenaga dan RM.

Tanah juga adalah aset yang baik. Ia boleh menghasilkan pendapatan sampingan lain seperti sewaan, pembangunan, pertanian dan lainnya. Dan prosesnya juga tidak lah mudah, sama seperti rumah.

EMAS adalah aset yang tidak ramai orang tahu dan sedar. Emas mudah dibeli, senang diuruskan, boleh digadai dan dijual untuk mendapatkan tunai segera. Nilai emas naik secara jangka panjang. Dengan gram yang sama, nilai dalam bentuk RM akan berbeza sama sekali setelah sekian lama.

Ingat Emas, Segalanya di KAB Gold.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *