Pengerusi KABGold, Datuk Dr Mohd Daud Bakar juga merupakan Presiden Universiti Islam Antarabangsa
Bagi yang belum mengenali Pengerusi KABGold, beliau sebenanya adalah nama besar dan juga seorang ikon negara dalam institusi kewangan global. Namun begitu, mungkin ada yang belum tahu yang beliau juga adalah Presiden Universiti Islam Antarabangsa.
Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar juga adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie. Beliau menyumbang bakti sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Astana International Financial Centre (AIFC), Kazakhstan, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, First Abu Dhabi Bank (UAE), dan juga Permodalan Nasional Berhad.
Beliau memainkan peranan penting sebagai ahli Badan Penasihat Syariah pelbagai institusi kewangan global, antaranya National Bank of Oman (Oman), Amundi Asset Management (Perancis), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London and Middle East (London), BNP Paribas (Bahrain) dan Dow Jones Islamic Market Index (New York).
Dalam dunia korporat pula, beliau berperanan sebagai ahli Jawatankuasa Pelaburan PNB selain dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke-8. Yer betul, Presiden UIA yang sebelum ini juga pernah dijawat oleh beberapa bekas Perdana Menteri Malaysia termasuk Allahyarham Tun Hussein Onn.
Tetapi tahukah anda bila dan dimana IK berjumpa dengan Datuk Dr Daud? Pada tahun 2015, Datuk Dr Daud Bakar adalah penerima “Anugerah Prasarana Ilmu Ekonomi Islam” semasa Sidang Kemuncak Ekonomi Islam Global di Dubai daripada Raja Dubai, Sheikh Mohamed Rashid Al- Maktoum. IK juga ada dalam dewan yang sama pada waktu itu.
Pastinya dengan kaliber yang ada pada Datuk Dr Mohd Daud Bakar bersama KABGold dan badan pengurusannya akan memacu syarikat ini ke peringkat yang lebih tinggi. Buktinya dengan ramai yang sudah mendaftar menjadi ahli KABGold dalam masa yang singkat dan ramai yang kini juga dibawah bimbingan Goldhq IK.
JOM MULAKAN SEKARANG