Kenali Kategori-Kategori Pembeli Emas. Ada Orang Niat Berniaga, Ada Yang Niat Menyimpan

Ada 4 kategori pembeli emas :

 

1️⃣ Penyimpan Emas : Mereka ini akan membeli emas tidak kira harga. Yang penting gram sentiasa bertambah.

2️⃣ Pelabur Emas : Mereka ini akan membeli dalam kuantiti yang banyak pada beberapa harga. Bila harga emas naik, mereka akan jual untuk ambil untung.

3️⃣ Peniaga Emas : Mereka ini akan aktif membeli dan menjual pada setiap masa. RM dan gram boleh jadi bertambah sekaligus.

4️⃣ Pengumpul Emas : Mereka ini lebih mementingkan nilai sentimental melalui corak, sejarah, nombor siri yang unik dan juga bilangannya yang terhad. Harga emas semasa tidak lagi relevan bagi mereka.

👤 Dimanakah Posisi Anda? Dan dimanakah posisi pelanggan-pelanggan anda pula?

Jika anda seorang usahawan emas, sentiasa bertanyakan soalan kenapa pelanggan anda berminat pada emas. Kerananya mungkin pelanggan A sekadar ingin menyimpan tetapi pelanggan B pula ingin menjadi peniaga.

SELAMAT MENJADI USAHAWAN EMAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *