Jika Harga Emas Turun, Itulah Masanya Untuk Anda Tambah Simpanan Emas
Harga emas jika dilihat dalam jangka masa panjang, sememangnya menunjukkan kenaikan. 20 tahun lepas harga segram hanya RM 30 sahaja. Namun begitu, dalam jangka pendek, harga emas sangat volatile (turun naik). Sebagai pelabur, bila harga emas rendah amat sesuai untuk kita buat pengumpulan gram.
Tapi kenapa harga hari ni turun?
Untuk informasi, harga emas dunia dipengaruhi beberapa faktor. Disini mungkin kita bincangkan salah satunya adalah pasaran dan fiskal polisi Amerika. Penurunan harga emas kadangkala adalah kerana dasar yang akan ditentukan. Alat yang biasa digunakan negara untuk mengawal ekonomi adalah kadar faedah (interest rate). Jika interest rate dinaikkan, orang ramai akan mula membuat penyimpanan dalam pelaburan lain yang memberi pulangan tinggi, maka harga emas akan jatuh.
Sekiranya ekonomi tengah merundum, bisnes tak bergerak (seperti waktu Covid sekarang), negara akan cuba mengerakkan ekonomi dengan menurunkan kadar faedah dan mengalakkan orang berbelanja. Orang ramai pula akan mengalihkan pelaburan mereka ke emas yang lebih stabil. Harga emas akan meningkat.
Macam bursa saham, penurunan harga emas juga adalah berdasarkan andaian kadar tariff (interest rate) yang akan ditentukan dan kadar inflasi semasa.
Jadinya, dalam keadaan begini, kita sebagai pelabur emas harus bijak mencari peluang. Beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Jika emas yang anda beli kelmarin contohnya pada harga RM 270++, inilah masa untuk beli pada harga rendah dan kurangkan nilai gram supaya lebih rendah.
BELI HARGA RENDAH JUAL HARGA TINGGI