RUPANYA ADA BEBERAPA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HARGA EMAS. KITA SEBAGAI USAHAWAN EMAS HARUS BIJAK INTAI PELUANG
1. Perubahan Nilai
Faktor yang penting adalah nilai mata wang US Dollar. Kerana kebanyakan komoditi termasuk emas didagangkan dengan mata wang US Dollar. Jika nilai US Dollar mengalami penurunan atau merosot, keadaan tersebut akan mempengaruhi harga dunia, termasuklah emas. Hal ini kerana para pelabur memilih untuk menjual matawang dollar milik mereka, kemudian membeli emas yang dinilai mampu melindungi nilai aset yang mereka miliki.
2. Situasi Bencana Dunia
Keadaan politik yang tidak menentu, perang, bencana alam seperti tsunami atau gempa bumi malah Covid 19 menjadikan harga emas naik. Contoh yang paling dekat adalah sekarang diwaktu Covid yang sedang melanda seluruh dunia lebih setahun. Lantaran hal itu, harga emas naik mendadak dan dalam tempoh setahun telah meningkat 27%. Hal ini kerana para pelabur beralih wang dan saham mereka kepada emas. Disebabkan itu permintaan emas melonjak tinggi. Dan harganya pun melambung kerana permintaan yang banyak.
3. Demand & Supply
Contohnya ketika pertengahan tahun 1998 ketika harga emas terus merosot. Ketika itu, bank-bank pusat di eropah menyatakan akan mengurangkan pengumpulan emasnya dengan rencana pembekuan matawang euro. Maksudnya permintaan emas berkurangan. Harga emas langsung menurun sekitar 290 dollar per troy ounce.
4. Tarif Faedah
Baru-baru ini pada 17 Jun 2021, Pengerusi US FED melalui ucapannya telah membayangkan bahawa ada kemungkinan berlaku DUA KALI KENAIKAN kadar faedah pada tahun 2023!
Walau pun kemudiannya beliau berkata kenaikan kadar faedah ini belum pasti lagi, namun ucapan awal beliau telah menggerakkan pasaran dan menjatuhkan harga emas.
Jadi, itulah kuasa ucapan pengerusi US Fed. Ia boleh menggerakkan pasaran termasuklah emas. Dan harga emas di Malaysia jatuh dari RM 268 ke RM 258 hanya kerana ucapan beliau mengenai tariff faedah.
Sebagai usahawan dan pelabur, kita harus melihat analisa ini dan membuat penilaian untuk waktu yang sesuai memborong emas. Beli harga murah dan jual harga tinggi.
Selamat Menjadi Usahawan Emas