Ambil “Calculated Risk” Dalam Pelaburan Atau Yang Rendah Risiko Seperti Emas

Ada beberapa cara yang halal untuk kita jadi kaya:

1️⃣Bekerja dalam sektor pendapatan lumayan. Tapi dimusim pandemik covid sekarang ni, tiada lagi jaminan pekerjaan yang betul-betul stabil dan terjamin.

2️⃣Berniaga. Ada yang perlukan modal dan ada yang tidak. Dan ia memerlukan kesungguhan serta pengorbanan untuk berjaya.

3️⃣Melabur dalam perniagaan untuk pulangan lumayan. Tapi harus diingat, besar pulangannya, besar pula risikonya.

4️⃣Melatih tabiat menyimpan secara istiqamah.

👍Yang ini boleh dilakukan oleh semua orang tidak kira berapa banyak gaji atau pendapatannya. Apa yang paling penting ialah disiplin dalam diri sendiri untuk melatih tabiat menyimpan secara konsisten. Dan ia mestilah DUIT LEBIHAN daripada simpanan asas yang wajib untuk kita.

Tapi, simpanan itu adalah dalam bentuk EMAS. Bukan dalam bentuk duit.

Mengapa? Sebab naluri duit ialah pada berbelanja. Naluri EMAS ialah pada menyimpan.

Siapa yang selalu gagal simpan duit, maka wajib ubah cara simpan. Simpan saja dalam bentuk EMAS.

Dan yang paling penting, risiko menyimpan dan melabur dalam emas adalah yang terendah berbanding pelaburan-pelaburan lain. Amalkan calculated risk dalam melabur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *